Saturday, June 14, 2014

Cara Hapuskan Nyamuk Aedes


PERTAMA : 
Kurangkan tempat pembiakan jentik-jentik

KEDUA: 
Hapuskan nyamuk
Banyak cara untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik, antara cara tersebut ialah :
1. MEMBERSIHKAN tempat pembiakan jentik-jentik
2. MENABUR racun abate ke dalam takungan air
3. MENUANG titisan minyak bayi atau garam di dalam takungan air
4. MEMBELA ikan kecil yang makan jentik-jentik di dalam takungan air
5. MENUTUP rapat setiap kawasan takungan air
6. MENANAM tin-tin kosong dan tayar yang tidak digunakan
7. MENELANGKUPKAN semua bekas yang boleh menakung air jika tidak digunakan

Bagaimana pula cara untuk menghapuskan NYAMUK DEWASA?
Ada TIGA cara menghapuskan nyamuk dewasa:
1. Menyembur SEMBURAN BERKABUS di kawasan perumahan
2. Menyembur RACUN SERANGGA / AEROSOL
3. Memasang UBAT NYAMUK

9 Tanda Demam Denggi

Demam denggi berpunca daripada penyebaran virus denggi oleh nyamuk Aedes betina. Ia kemudiannya merebak melalui gigitan nyamuk Aedes individu yang telah dijangkiti virus denggi kepada individu lain yang sihat. 

Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes;

~ Cirit-birit

~ Demam secara mengejut

~ Loya dan muntah-muntah

~ Ruam dan gatal-gatal 
~ Sakit bahagian belakang biji mata

~ Sakit kepala yang teruk

~ Sakit otot dan sendi yang teruk

~ Sakit perut

~ Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)


Tanda-tanda di atas biasanya akan dirasai sekitar 5 atau 6 hari selepas terkena gigitan. Sekiranya mengalami mana-mana tanda di atas, segeralah berjumpa doktor. Selain itu, banyakkan minum air masak atau air mineral.